Rabu, Oktober 30, 2013

Jangan Pernah Benci Bangsa Ini

Dengan rahmat Allah, kita dilahirkan menjadi bangsa ini. Tidak pula kita punya pilihan dilahirkan sebagai bangsa apa. Ramai yang benci bangsa ini, kononya mereka rasis, bangsa pemalas, dan segala perkara yang negatif terus dihala kepada bangsa ini. 

Ya, ramai yang benci akan bangsa ini, penjajah benci kerana lebih 500 tahun mereka yang silih berganti gagal memurtadkan kita, malah kita semakin kuat berpegang kepada kitabullah. Segala macam cara diguna. sehingga menghantar orang yang bertanggungjawab sehingga terampasnya tanah Palestin kebumi ini semata mahu memisahkan bangsa ini dari agama yang diredhai Allah. Sungguh Allah masih sayangkan kita.

Pendatang juga bencikan kita, dulu nenek moyang mereka datang merempat, datang sehelai sepinggang kebumi ini demi mencari sesuap nasi. Kita tidak pernah berkira, datanglah, tinggallah dibumi ini, kerana bumi ini milik Allah, sama-sama kita jaga bumi ini. Kita terima atas dasar kemanusiaan, atas perintah Allah supaya saling kenal mengenal sesama bangsa yang diciptaNya, atas peringatan Allah bahwa setiap manusia itu sama disisiNya melainkan taqwa. Itulah roh, jiwa, dan pemikiran yang disadur oleh agama tauhid, Islam yang mulia.

Hari ini bilamana mereka punya sedikit kuasa, bangsa ini pula menjadi mangsa. Pada hemat mereka, bagaimana bangsa yang pemalas ini dikurnia tanah yang subur, menjadi laluan perdagangan timur dan barat. Tidak layak bangsa ini yang pemalas mendapat semua ini, merekalah yang paling layak kerena bangsa itu terkenal kerena kerajinan. Agama bangsa ini turut menjadi mangsa. Dibencinya sebenci bencinya, hingga agama ini tidak punya nilai, kolot dan penyebab kemalasan yang berpanjangan. Jikalau boleh, semua bangsa ini patut murtad dan masuk agama mereka, biar mereka saja yang menunjuk jalan buat bangsa ini. 

Tidak kurang pula bangsa ini yang dianugerahi Allah kuasa, jadi lupa diri, jadi pertualang bangsa, jadi barua musuh, semata-mata habuan dunia yang sedikit. Anak bangsa diperas semahunya, yang kaya cuma rakan taulan dan sanak saudara, sedang yang lain hanya wajar memerhati, menegur dikata tidak bersyukur, melawan dikata khianat. Apalah lagi nasib yang menimpa bangsa ini.

Bangsa ini pernah kuat, kuatnya bangsa ini kerana Islam. Teguhnya bangsa ini melawan penjajah, juga kerna Islam. Maka kuatkanlah dan teguhkanlah kembali bangsa ini dengan cahaya Islam. Biar ramai yang benci, termasuk anak bangsa sendiri, kita jangan pula menafi, bahwa kita dilahirkan sebagai bangsa ini, diamanahkan Allah menjaga agamaNya di bumi sebelah sini, agar menjadi benteng kalimahNya diatas bumi. Ayuh saudara ku, kembalilah bertaut pada tali Allah sementara punya waktu, jangan sampai kesal hingga akhir waktu. Kita sudah tidak punya masa, diserang segenap penjuru, ajak bersatu atas persamaan bangsa, dianggap perkauman, ajak pula bersatu atas nama agama, dikata kita pelampau agama. Sekarang harus bagaimana?


Sabtu, Mei 11, 2013

Pendedahan Kedua : Red Bean Army -- Cybertroopers Tajaan DAP

Pendedahan bagaimana cybertrooper DAP bekerja, mereka dikenal sebagai Red Bean Army. Saudara yang mendedahkan perkara ini adalah bekas ahli DAP sendiri. Shen Yee Aun. Jom kita ikuti pendedahan ini.



Beza Istana Negara Baru Dan Lama



Play Strategy Game on MarketGlory

Pengikut

Lihat Juga