Selasa, Mei 31, 2011

Takziah buat keluarga Muhd Syukri Mansor

Semalam seorang sahabat blogger meninggal dunia.Arwah menghembuskan nafas yang terakhir,kembali kerahmatullah pada malam 30 haribulan 5 tahun 2011.

Bagi pihak blogger dan hausematenya mengucapkan takziah buat keluarga arwah.Arwah berasal dari Sungai petani,Kedah darul aman.Sepanjang pekenalan blogger dengan arwah,arwah seorang yang baik hati dan pemurah.Walaupun baru mengenali arwah,blogger amat menyenangi keperibadian arwah.

Arwah melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan apabila mengambil kursus kejuruteraan elektrik(elektronik) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus cawangan Dungun,Terengganu.Setelah menamatkan zaman persekolahannya di tempatnya,Sungai Petani.

Blogger mengajak para blogger sekalian untuk sama-sama menghadiahkan Al-fatihan buat arwah dan semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman dan bertaqwa...amin..


Isnin, Mei 30, 2011

Dunia Blogger-churp churp

Dalam entri sebelum ini,penulis ada menulis mengenai heartbeat.my,salah satu unit iklan untuk para blogger.

Kali ini penulis ingin memperkenalkan pula churp churp.

Apa itu churp churp?

Churp churp merupan salah satu komuniti yang menawarkan income kepada blogger.Namun berbeza daripada unit-unit iklan yang lain,churp churp tampil dengan imejnya yang tersendiri apabila menawarkan kepada para blogger kempen-kempen tertentu untuk dimanfaatkan oleh blogger melalui blog masing-masing.

Setelah mendaftar di churp churp.blogger akan diberikan kempen tertentu untuk dipromosikan tanpa perlu meletakan banner syarikat.Bloger hanya perlu mempromosikan kempen tersebut dan akan dibayar oleh pihak syarikat setiap kali urusniaga berjaya dilakukan pelanggan melalui link promosi yang deberikan kepada blogger.

Lebih menarik lagi,link-link kempen promosi ini juga boleh dipromosikan oleh blogger melalui jaringan sosial lain seperti facebook dan twitter.Sertainya sekarang.

Selamat mencuba.

[klik sini untuk menyertainya]

Ahad, Mei 29, 2011

iluvislam.com--web pengisian rohani terhebat


Entri kali ini berkaitan laman web iluvislam.com.Satu laman web yang penulis rasa cukup sempurna buat para pembaca muslim.

Lengkap dengan pelbagai topik menarik seperti ruangan inspirasi,tazkirah,berita,pendidikan,keluarga,gaya hidup sehinggalah kepada bisness.

iluvislam.com turut menyediakan peluang buat para pembaca menghantar karya-karya penulisan untuk disiarkan di iluvislam.com mengikut ketogori yang tersedia.

Paling mendapat sambutan adalah ruangan remaja dan cinta dan gaya penulisan dalam iluvislam.com berupaya menarik perhatian pembaca remaja.

iluvislam.com telah menerbitkan naskah cetakan untuk menemui para peminatnya di pasaran.

Play Strategy Game on MarketGlory

Pengikut

Lihat Juga