Rabu, September 16, 2009

Melayu

setelah 52 tahun negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan dari penjajah,nasib orang melayu masih kurang memuaskan.Berbagai formula dicari supaya umat melayu ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.Namun hasilnya serba tidak menjadi,dimana silapnya percaturan kita walau yang memerintah negara kita adalah orang melayu sendiri(umno)?Jawapannya mudah...

"orang melayu telah menjadikan Islam sebagai agama anutan mereka sejak dulu lagi.Dan dengan Islam itulah tamadun melayu menjadi gemilang"

"Namun hari ini ramai dikalangan melayu sendiri cuba untuk meniggalkan cara hidup islami demi untuk mengikut peredaran zaman.Namun mereka lupa yang apabila umat Islam berpegang teguh dengan tali Allah,maka mereka akan diangkat martabatnya dimuka bumi ini.Serta apabila mereka tidak lagi berpegang padanya,mereka akan diahina oleh Allah bukan sahaja di akhirat bahkan sejak di dunia lagi"

Inilah yang sebenarnya berlaku pada umat melayu di Malaysia.Walau pelbagai usaha dilakukan,pelbagai bantuan diberi,kemudahan disediakan,namun masih gagal untuk berjaya.Hanya yang kaya terus menjadi kaya.Hanya apabila kita kembali kepada Nya sahajalah cara untuk kita keluar dari masalah ini,namun persoalannya adalah,beranikah kita untuk berubah bukan sahaja dari sudut pemikiran,malah dari sudut perbuatan kita seharian agar tidak menimbulkan kemurkaan Allah yang menjadi penyebab utama kegagalan kita hari ini.
Sebagai renungan kita bersama,saya selitkan ungkapan seorang ahli sufi mengenai masalah ini.

"perjuangan untuk menegakkan bangsa menyebabkan agama dilalaii,bangsa tetap tidak terbela.
Namun,perjuangan untuk menegakkan agama,dengan sendirinya bangsa itu terbela"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Play Strategy Game on MarketGlory

Pengikut

Lihat Juga