Khamis, Januari 06, 2011

Selamatkan wanita dan kanak-kanak

Pelbagai langkah dapat kita lihat dewasa ini diambil oleh kerajaan kita bagi tujuan menyelamatkan kanak2 dan wanita. Kerajaan juga memperuntukan sejumlah dana yang besar bagi tujuan ini. Namun sedar atau tidak sedar,semua tindakan ini yang boleh disifatkan seperti “hangat- hangat tahi ayam” itu dilihat seperti hanya sebegitu.

Apakah yang sebenarnya diharapkan oleh golongan yang mahu dibela ini?adakan angka-angka dananya yang besar,atau kempennya yang besar-besaran dan dihebohkan dalam media arus perdana? Atau cuma keperihatinan kita?

Memang benar,segala tindakan yg diambil kerajaan kita berniat murni,dan kita sebagai rakyat malaysia yang berjiwa patriotik wajar untuk sama-sama menyahut semua kempen yang dilihat membawa faedah besar buat rakyat malaysia amnya dan pada kaum wanita khasnya dalam isu ini.

Namun bagi majoriti rakyat malaysia yang beragama islam,yang dimahukan mereka adalah satu penyelesaian yang lebih bersifat islamik. Bukan sekadar penyelesaian yang jelas dapat dilihat hanya pada hebatnya,namun hasilnya? Adakah kerajaan menerusi kementerian yang bertanggungjawab dalam isu ini takut dan tidak yakin dengan penyelesian yang sememangnya berkesan.

Contoh dapat dilihat dalam institusi perbankan negara,bank-bank yang menawarkan sistem islamik lebih mendapat kepercayaan dan keyakinan pengguna dalam pemilihan mereka berbanding sistem konvensional yang sedia ada. Ini juga dapat dijadikan bukti bahawa sistem yang bercorak islam adalah jalan penyelesaian yang terbaik.

Bukankah jika kanak2 ini jika dididik dngan cara islamik sejak dari kecil lagi,mampu menjadi insan dewasa yang bertanggungjawab dan juga terdidik rohaninya disamping pelajaran akademik lain di sekolah. Ya,inilah jalannya bagi mengurangkan masalah sosial yang hebat melanda negara kita. Pada masa yang sama juga,rakyat yang terasuh rohaninya ini juga dapat menjadi rakyat yang lebih baik. Apabila rakyat jauh lebih baik,isu-isu berkaitan wanita dan kanak-kanak juga dapat dikurangkan.

Masyarakat bukan islam tidak perlu merasa bimbang. Anak mereka juga akan diajar ilmu sivik sejak dari kecil lagi bagi memantapkan dan menyeimbangkan dengan ilmu akademik di sekolah. Dan dengan cara ini,diharapkan kita dapat melahirkan satu generasi yang mempunyai satu ketrampilan unggul,kerana generasi inilah yang akan menggantikan kita bukan sahaja sebagai pemimpin,malah yang lebih penting lagi,sebagai rakyat yang menentukan jatuh bangunya sesebuah tamadun itu.

Bagi penulis,rakyat malaysia hari ini bukanya kurang baik,namun sifat peduli kita itu semakin terhakis. Ini suatu yang buruk buat masyarakat yang majoritinya islam. Namun,tindakan kerajaan ini harus dipuji dan disokong kerana ada tindakan yang dilakukan walaupun terdapat kekuranganya. Bagi sesetengah pihak,janganlah hanya mahu mengkritik walaupun ianya jelas membawa kebaikan kepada rakyat meskipun hanya kecil dan sedikit. Seharusnya kita bersama-sama menjayakan sesuatu yang baik kepada rakyat malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Play Strategy Game on MarketGlory

Pengikut

Lihat Juga