Isnin, Oktober 10, 2011

Himpunan Sejuta Umat


KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan dinamakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun), anjuran pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan sebagai membantah isu percubaan memurtadkan umat Islam oleh pihak tertentu di negara ini.

Simbolik kepada acara itu ialah perhimpunan berskala besar lebih 1,000 NGO yang mewakili umat Islam bertempat di Stadium Shah Alam, dijadualkan 22 Oktober ini.

Pengerusi Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, program itu satu usaha untuk menzahirkan suara dan pendirian umat Islam di negara ini selepas beberapa siri percubaan memurtadkan umat Islam diadakan secara agresif dan terbuka sebelum ini.

Katanya, usaha Kristianisasi di kalangan orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah berkenaan semakin berleluasa tanpa sebarang bantahan dan sekatan daripada umat Islam.

“Mubaligh Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit kronik di hospital, menganjurkan kelas tuisyen untuk anak orang Islam yang diwarnai ajaran agama mereka selain menyebarkan risalah secara terbuka di tempat awam,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, pengerusi bersama Himpun, Dr Yusri Mohamad dan beberapa pemimpin NGO Islam.

Mohd Azmi berkata, Himpun juga berasa terpanggil untuk menganjurkan program berkenaan kerana mengambil kira kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap berhubung soal ancaman akidah umat Islam yang berpunca daripada fahaman politik dan puak.

Dipetik dari MyMetro



Objektif Himpunan

Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Prinsip Himpunan

Himpunan Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas berikut :

  • Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
  • Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun
    perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
  • Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
  • Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
  • Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

Play Strategy Game on MarketGlory

Pengikut

Lihat Juga