Sabtu, Mei 11, 2013

Pendedahan Kedua : Red Bean Army -- Cybertroopers Tajaan DAP

Pendedahan bagaimana cybertrooper DAP bekerja, mereka dikenal sebagai Red Bean Army. Saudara yang mendedahkan perkara ini adalah bekas ahli DAP sendiri. Shen Yee Aun. Jom kita ikuti pendedahan ini.



Beza Istana Negara Baru Dan Lama



Pendedahan Pertama : Red Bean Army -- Cybertroopers Tajaan DAP


Pendedahan bagaimana cybertrooper DAP bekerja, mereka dikenal sebagai Red Bean Army. Saudara yang mendedahkan perkara ini adalah bekas ahli DAP sendiri. Shen Yee Aun. Jom kita ikuti pendedahan ini.








"Swing" Bergaya Pengundi Cina


PRU 13 mencatat satu fenomena baru dalam sejarah politik tanah air terutama dari peti undi kaum Cina. Jentera parti DAP begitu gah mempromosi parti mereka dikalangan kaum Cina hingga hampir semua undi kaum Cina berpihak kepada mereka.

Kaum Cina begitu yakin dan tanpa ragu-ragu memberi setiap undi kepada parti pembangkang ini. Jika ini dijadikan penanda aras, maka selayaknya jentera DAP bagi PRU 13 merupan jentera paling berkesan dalam kempen PRU kali ini bebanding jentera-jentera parti lain. Kejayaan menambah kerusi Parlimen menceritakan segalanya.

Pada PRU 13 juga menyaksikan kemenangan besar DAP dengan undi majoriti yang luar biasa. Suatu ketika dulu, undi majoriti besar begini hanya diperoleh oleh parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Namun kali ini, DAP membuktikan sebaliknya. Ianya isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina menginginkan satu perubahan. Undi masyarakat Cina juga dilihat sebagai penentu kemenagan "team" Pakatan Rakyat di banyak kawasan.DUN mahupun Parlimen.

Dengan adanya sokongan dari PAS dan PKR, yang membentuk Pakatan Rakyat, DAP mula diterima oleh sebahagian masyarakat Melayu yang tidak lagi menganggap bahawa DAP hanya parti Cina, tapi sebaliknya mereka komited untuk memperjuangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Kesungguhan luar biasa ini mula menampakan kejayaan.

Kaum Cina mengambil langkah paling wajar dengan memberi undi pada DAP dan mengharapkan bahawa Pakatan Rakyat akan berjaya menyinkirkan BN pada PRU kali ini. Inilah "swing" paling bergaya masyarakat Cina. Sayangnya "Swing" mereka tidak sampai kepada masyarakat Melayu. Sebaliknya UMNO membuktikan bahawa mereka masih relavan dikalangan masyarakat Melayu dan menjadi pilihan untuk dipangkah pada hari mengundi.

PAS telah melakukan yang terbaik untuk memenangi hati pengundi Melayu, namun UMNO sentiasa punya cara untuk mengelak dari undi mereka dicuri PAS.  Masyarakat melayu sama ada tidak yakin dengan Pakatan PKR,DAP dan PAS ataupun masih menebal stigma bahawa Pakatan Rakyat akan menghapus hak-hak istimewa masyarakat Melayu andai mereka berkuasa. Maka mereka lebih rela undi diberi kepada UMNO.

Kesimpulanya, PRU 13 merupakan gelombang masyarakat Cina yang jelas mahukan perubahan dan ini diterjemah dengan baik melalui peti undi. Namun sayangnya, gelombang ini tidak sampai kepada masyarakat Melayu. Andai undi masyarakat Melayu disalurkan sepenuhnya kepada PAS dan PKR, nescaya 5 Mei merupan detik bersejarah buat Malaysia. PAS seharusnya menjadikan PRU kali ini sebagai pengajaran berguna dalam usaha mendapatkan undi Melayu.

Play Strategy Game on MarketGlory

Pengikut

Lihat Juga