Khamis, September 17, 2009

Doa Rasullullah

Allah s.w.t Menolak 1 Doa dari 3 Doa Rasulullah s.a.w
Amir bin Saad dari bapanya berkata bahawa: “Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu’awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
           Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
          Aku telah Bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
          Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesame Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah Negara-negara Islam sendiri bergaduh sesame sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, adakah kita hanya berdiam diri dan kita hanya mampu melihat?mampukah kita menghadapi segala ancaman yang mendatang?

Rabu, September 16, 2009

Melayu

setelah 52 tahun negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan dari penjajah,nasib orang melayu masih kurang memuaskan.Berbagai formula dicari supaya umat melayu ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.Namun hasilnya serba tidak menjadi,dimana silapnya percaturan kita walau yang memerintah negara kita adalah orang melayu sendiri(umno)?Jawapannya mudah...

"orang melayu telah menjadikan Islam sebagai agama anutan mereka sejak dulu lagi.Dan dengan Islam itulah tamadun melayu menjadi gemilang"

"Namun hari ini ramai dikalangan melayu sendiri cuba untuk meniggalkan cara hidup islami demi untuk mengikut peredaran zaman.Namun mereka lupa yang apabila umat Islam berpegang teguh dengan tali Allah,maka mereka akan diangkat martabatnya dimuka bumi ini.Serta apabila mereka tidak lagi berpegang padanya,mereka akan diahina oleh Allah bukan sahaja di akhirat bahkan sejak di dunia lagi"

Inilah yang sebenarnya berlaku pada umat melayu di Malaysia.Walau pelbagai usaha dilakukan,pelbagai bantuan diberi,kemudahan disediakan,namun masih gagal untuk berjaya.Hanya yang kaya terus menjadi kaya.Hanya apabila kita kembali kepada Nya sahajalah cara untuk kita keluar dari masalah ini,namun persoalannya adalah,beranikah kita untuk berubah bukan sahaja dari sudut pemikiran,malah dari sudut perbuatan kita seharian agar tidak menimbulkan kemurkaan Allah yang menjadi penyebab utama kegagalan kita hari ini.
Sebagai renungan kita bersama,saya selitkan ungkapan seorang ahli sufi mengenai masalah ini.

"perjuangan untuk menegakkan bangsa menyebabkan agama dilalaii,bangsa tetap tidak terbela.
Namun,perjuangan untuk menegakkan agama,dengan sendirinya bangsa itu terbela"

Jumaat, September 11, 2009

Isu facebook

salam.....
Baru baru ini isu face book menjadi isu perdebatan di kalangan mereka yang mengikuti fs...
isu ini telah dibangkitkan dalam fs..
Kepada sesiapa yang belum baca jurnal tu, saya explen sikit je la pasal tu. Zuckerberg ni tauke facebook, dan dia guna duit untung facebook ni melalui iklan untuk supot Israel serang palestin. Dan ada la negara macam iran dah haramkan facebook.
(diambil dari blog,http://sixiangjia1786.blogspot.com/,sila rujuk laman blog ini untuk rujukan lanjut) )

banyak komen yang deterima,ada yang setuju,ada yang membantah.....
namun saya amat terkejut bila yang membantah itu dikalangan umat islam sendiri....
ntah siapalah yang nak membela umat islam kalau bukan kita umat ialam sendiri....


fikir-fikirkanlah

Play Strategy Game on MarketGlory

Pengikut

Lihat Juga