Dalam usaha para wanita hari ini untuk membela nasib kaum hawa,mereka terus ditekan dari segenap penjuru.Malah tanpa para wanita itu sedari,mereka boleh menjadi mangsa nafsu lelaki yang bertopengkan agama bagi menghalalkan perbuatan mereka yang penuh dengan gelojak hawa nafsu.Nasib wanita terus depermainkan oleh golongan ini.
Kali ini BaArt mengajak anda terutamanya kaum wanita untuk berfikir sejenak satu fenomena yang hangat,membabitkan perdebatan hebat antara para pendukungnya dan mereka yang menentangnya.
Nikah Mut'ah..
Sebelum melihat dengan lebih dekat lagi,elok lah kita mengkaji dahulu maksud nikah mut'ah...
Nikah mut'ah atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut mazhab Syiah, adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai.perkahwinan cara ini begitu popular di kalangan pengikut Syiah.
Bagi Ahlul Sunnah Waljamaah,nikah sperti in adalah haram dan bathil jika terjadi berdasarkan hadits yang diriwayatkan Al-Bukhari dan Muslim Rahimahumallah dari Ali bin Abi Thalib Radhiallahu ‘anhu
“Bahwasanya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam melarang jenis pernikahan mut’ah dan (melarang) memakan daging keledai Ahliyah pada hari Khaibar.”
BaArt kali ini ingin mengupas isu ini,sejauh mana nikah mut'ah ini memberi keadilan buat para muslimah sekalian.Dibawah adalah perbandingan antara nikah mut,ah dan nikah yang dianjurkan Islam..
Perkahwinan menurut umat Islam selain Syiah.
Perkahwinan ini terjadi dengan sighah atau lafaz aqad nikah di hadapan wali dan 2 orang saksi.
- Si suami bertanggungjawab menanggung nafkah isteri termasuk tempat tinggal dan sebagainya.
- Seseorang lelaki tidak harus menghimpunkan lebih daripada 4 orang isteri dalam satu masa dengan syarat-syarat yang tertentu.
- Perempuan mewarisi suami apabila suaminya mati.
- Persetujuan bapa merupakan satu syarat bagi sahnya perkahwinan anak dara.
- Tempoh perkahwinan berterusan selagi suami isteri itu hidup jika tidak berlaku perceraian .
Perkahwinan secara mut’ah menurut Syiah
- Perkahwinan terjadi dengan aqad mut’ah walaupun tanpa wali dan saksi.
- Lelaki bebas dari menanggung sebarang nafkah terhadap isteri.
- Seorang lelaki diharuskan menghimpun seramai mana perempuan yang diingininya tanpa syarat.
- Isteri tidak berhak mendapat pesaka dari suami.
- Persetujuan bapa tidak merupakan syarat dalam semua keadaan.
- Tempoh perkahwinan mut’ah mungkin ¼ jam, mungkin sehari, mungkin juga seminggu mengikut apa yang dilafazkan oleh seorang lelaki.
Keadaan thalaq menurut Islam
- Perceraian berlaku apabila lelaki melafazkan thalaq dengan sedar dan pilihan sendiri, bukan dengan terpaksa ( cara paksa ).
- `Edah thalaq bagi perempuan ialah 3 kali suci atau 3 kali haid .
- Wajib atas suami menanggung nafkah isteri semasa edahnya.
Keadaan thalaq bagi kahwin mut’ah
- Perceraian berlaku apabila habis tempoh yang disebutkan di dalam aqad.
- Edah perceraian ialah seperti edah hamba iaitu ½ daripada edah orang merdeka.
- Seseorang bebas daripada sebarang nafkah terhadap isteri semasa edahnya.
Sudah pasti kaum wanita sekalian dapat menilai sendiri,dimana maruah anda sebagai wanita jika fahaman Syiah ini mula bertapak di Malaysia.Percayalah,anda tidak akan mampu melepaskan diri dari nikah mut'ah ini jika masyarakat kita semuanya Syiah.
p/s--->BaArt taknak ulas lebih-lebih,bahaya.....hehehe...