Dengan rahmat Allah, kita dilahirkan menjadi bangsa ini. Tidak pula kita punya pilihan dilahirkan sebagai bangsa apa. Ramai yang benci bangsa ini, kononya mereka rasis, bangsa pemalas, dan segala perkara yang negatif terus dihala kepada bangsa ini.
Ya, ramai yang benci akan bangsa ini, penjajah benci kerana lebih 500 tahun mereka yang silih berganti gagal memurtadkan kita, malah kita semakin kuat berpegang kepada kitabullah. Segala macam cara diguna. sehingga menghantar orang yang bertanggungjawab sehingga terampasnya tanah Palestin kebumi ini semata mahu memisahkan bangsa ini dari agama yang diredhai Allah. Sungguh Allah masih sayangkan kita.
Pendatang juga bencikan kita, dulu nenek moyang mereka datang merempat, datang sehelai sepinggang kebumi ini demi mencari sesuap nasi. Kita tidak pernah berkira, datanglah, tinggallah dibumi ini, kerana bumi ini milik Allah, sama-sama kita jaga bumi ini. Kita terima atas dasar kemanusiaan, atas perintah Allah supaya saling kenal mengenal sesama bangsa yang diciptaNya, atas peringatan Allah bahwa setiap manusia itu sama disisiNya melainkan taqwa. Itulah roh, jiwa, dan pemikiran yang disadur oleh agama tauhid, Islam yang mulia.
Hari ini bilamana mereka punya sedikit kuasa, bangsa ini pula menjadi mangsa. Pada hemat mereka, bagaimana bangsa yang pemalas ini dikurnia tanah yang subur, menjadi laluan perdagangan timur dan barat. Tidak layak bangsa ini yang pemalas mendapat semua ini, merekalah yang paling layak kerena bangsa itu terkenal kerena kerajinan. Agama bangsa ini turut menjadi mangsa. Dibencinya sebenci bencinya, hingga agama ini tidak punya nilai, kolot dan penyebab kemalasan yang berpanjangan. Jikalau boleh, semua bangsa ini patut murtad dan masuk agama mereka, biar mereka saja yang menunjuk jalan buat bangsa ini.
Tidak kurang pula bangsa ini yang dianugerahi Allah kuasa, jadi lupa diri, jadi pertualang bangsa, jadi barua musuh, semata-mata habuan dunia yang sedikit. Anak bangsa diperas semahunya, yang kaya cuma rakan taulan dan sanak saudara, sedang yang lain hanya wajar memerhati, menegur dikata tidak bersyukur, melawan dikata khianat. Apalah lagi nasib yang menimpa bangsa ini.
Bangsa ini pernah kuat, kuatnya bangsa ini kerana Islam. Teguhnya bangsa ini melawan penjajah, juga kerna Islam. Maka kuatkanlah dan teguhkanlah kembali bangsa ini dengan cahaya Islam. Biar ramai yang benci, termasuk anak bangsa sendiri, kita jangan pula menafi, bahwa kita dilahirkan sebagai bangsa ini, diamanahkan Allah menjaga agamaNya di bumi sebelah sini, agar menjadi benteng kalimahNya diatas bumi. Ayuh saudara ku, kembalilah bertaut pada tali Allah sementara punya waktu, jangan sampai kesal hingga akhir waktu. Kita sudah tidak punya masa, diserang segenap penjuru, ajak bersatu atas persamaan bangsa, dianggap perkauman, ajak pula bersatu atas nama agama, dikata kita pelampau agama. Sekarang harus bagaimana?
Rabu, Oktober 30, 2013
Sabtu, Mei 11, 2013
Pendedahan Kedua : Red Bean Army -- Cybertroopers Tajaan DAP
Pendedahan bagaimana cybertrooper DAP bekerja, mereka dikenal sebagai Red Bean Army. Saudara yang mendedahkan perkara ini adalah bekas ahli DAP sendiri. Shen Yee Aun. Jom kita ikuti pendedahan ini.
Pendedahan Pertama : Red Bean Army -- Cybertroopers Tajaan DAP
Pendedahan bagaimana cybertrooper DAP bekerja, mereka dikenal sebagai Red Bean Army. Saudara yang mendedahkan perkara ini adalah bekas ahli DAP sendiri. Shen Yee Aun. Jom kita ikuti pendedahan ini.
"Swing" Bergaya Pengundi Cina
Kaum Cina begitu yakin dan tanpa ragu-ragu memberi setiap undi kepada parti pembangkang ini. Jika ini dijadikan penanda aras, maka selayaknya jentera DAP bagi PRU 13 merupan jentera paling berkesan dalam kempen PRU kali ini bebanding jentera-jentera parti lain. Kejayaan menambah kerusi Parlimen menceritakan segalanya.
Pada PRU 13 juga menyaksikan kemenangan besar DAP dengan undi majoriti yang luar biasa. Suatu ketika dulu, undi majoriti besar begini hanya diperoleh oleh parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Namun kali ini, DAP membuktikan sebaliknya. Ianya isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina menginginkan satu perubahan. Undi masyarakat Cina juga dilihat sebagai penentu kemenagan "team" Pakatan Rakyat di banyak kawasan.DUN mahupun Parlimen.
Dengan adanya sokongan dari PAS dan PKR, yang membentuk Pakatan Rakyat, DAP mula diterima oleh sebahagian masyarakat Melayu yang tidak lagi menganggap bahawa DAP hanya parti Cina, tapi sebaliknya mereka komited untuk memperjuangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Kesungguhan luar biasa ini mula menampakan kejayaan.
Kaum Cina mengambil langkah paling wajar dengan memberi undi pada DAP dan mengharapkan bahawa Pakatan Rakyat akan berjaya menyinkirkan BN pada PRU kali ini. Inilah "swing" paling bergaya masyarakat Cina. Sayangnya "Swing" mereka tidak sampai kepada masyarakat Melayu. Sebaliknya UMNO membuktikan bahawa mereka masih relavan dikalangan masyarakat Melayu dan menjadi pilihan untuk dipangkah pada hari mengundi.
PAS telah melakukan yang terbaik untuk memenangi hati pengundi Melayu, namun UMNO sentiasa punya cara untuk mengelak dari undi mereka dicuri PAS. Masyarakat melayu sama ada tidak yakin dengan Pakatan PKR,DAP dan PAS ataupun masih menebal stigma bahawa Pakatan Rakyat akan menghapus hak-hak istimewa masyarakat Melayu andai mereka berkuasa. Maka mereka lebih rela undi diberi kepada UMNO.
Kesimpulanya, PRU 13 merupakan gelombang masyarakat Cina yang jelas mahukan perubahan dan ini diterjemah dengan baik melalui peti undi. Namun sayangnya, gelombang ini tidak sampai kepada masyarakat Melayu. Andai undi masyarakat Melayu disalurkan sepenuhnya kepada PAS dan PKR, nescaya 5 Mei merupan detik bersejarah buat Malaysia. PAS seharusnya menjadikan PRU kali ini sebagai pengajaran berguna dalam usaha mendapatkan undi Melayu.
Khamis, April 25, 2013
Senyumlah Sepuasnya dengan Oral B
Tahukah anda,dengan satu senyuman boleh mengubah hari anda.
Sertai peraduan Oral-B "Million Smiles" dan anda berpeluang memenangi hamper bernilai RM 100.00 setiap minggu.
Peraduan ini juga menawarkan i-pad mini untuk dimenangi....
[klik untuk maklumat lanjut]
Langgan:
Catatan (Atom)