Terdapat ralat dalam alat ini

Sabtu, September 08, 2012

Amukan Harimau Malaya


Dalam masa seminggu ini merupan minggu yang amat sibuk buat peminat bola sepak tanah air. Dua perlawan yang melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan tentunya menjadi perhatian seluruh peminat sejati pasukan negara yang menerima jolokan Harimau Malaya.

Dua perlawan tersebut melibatkan skuad  B-22 negara yang menerima jemputan ke piala SCTV menentang skuad B-22 Indonesia di gelanggang keramat pasukan Indonesia, stadium Gelora Bung Karno, Jakarta ahad ini, manakala satu lagi perlawanan melibatkan pasukan senior yang sedang mempersiapkan pasukan untuk kejohanan AFF Suzuki Cup November ini menentang Vietnam pada hari selasa di stadium Shah Alam.

Pastinya pertemuan antara dua seteru berjiran Malaysia dan Indonesia amat dinantikan. Ini adalan pertemuan penting buat skuad Harimau Muda membuktikan kita masih menguasai pentas bola sepak Asia Tenggara. Ayuh Harimau Muda, tumbangkan Garuda Muda, pastikan Sang Garuda patah sayapnya di gelanggang sendiri. Skuad ini juga merupan bayangan skuad yang akan mewakili Malaysia dalam Sukan SEA 2013 Myanmar.

Manakala pertemuan skuad senior atau Harimau Malaya merupan medan terbaik untuk mengukur persiapan skuad Harimau Malaya menghadapi kejohanan AFF Suzuki Cup. Rakyat Malaysia semestinya amat mengharapkan pasukan kebangsaan Negara ini mampu mempertahankan kejuaraan AFF Suzuki Cup.

Mari kita seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kedua-dua pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda mencipta kemenangan. Bagi yang tinggal berhampiran Stadium Shah Alam, ayuh kita memenuhkan Stadium selasa ini bagi menterjemahkan sokongan Padu buat pasukan kesayangan dan kebanggaan negara.



Malaysia Boleh
                                                                   
                                                   

2 ulasan:

  1. Semoga Harimau Malaya ni menjadi semakin kuat, sponsor pun mesti kuat. Logo macam maybank, eloklah bank jadi penaja rasmi.

    BalasPadam

Play Strategy Game on MarketGlory

Pengikut

Lihat Juga