Khamis, September 17, 2009

Doa Rasullullah

Allah s.w.t Menolak 1 Doa dari 3 Doa Rasulullah s.a.w
Amir bin Saad dari bapanya berkata bahawa: “Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu’awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
           Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
          Aku telah Bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
          Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesame Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah Negara-negara Islam sendiri bergaduh sesame sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, adakah kita hanya berdiam diri dan kita hanya mampu melihat?mampukah kita menghadapi segala ancaman yang mendatang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Play Strategy Game on MarketGlory

Pengikut

Lihat Juga