Terdapat ralat dalam alat ini

Khamis, Julai 21, 2011

Pattani-Tangisan Dibumi Sendiri









Pattani..Wilayah diselatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia suatu ketika dulu merupakan salah satu dari kesultanan melayu yang wujud di Nusantara.

Namun hari ini,pattani cukup berbeza,akibat dari penjajahan dan keputusan hasil campur tangan penjajah,masa depan pattani kelihatan kelam.Dengan status wilayah bergolak,Pattani terus dihimpit krisis kemanusiaan.Wilayah yang majoritinya penduduk beragama Islam terdiri daripada etnik Melayu dilihat sukar mencapai kata sepakat kerana majoriti penduduk Thailand beragama Buddha daripada etnik Thai.Sedikit sebanyak ini memberi gambaran bahawa kerajaan Thailand mengamalkan double standard terutamanya permasalahan di wilayah selatan.

Penulis berharap ada sinar baru menjengah saudara seagama kita di wilayah selatan ini.Tatkala tampuk pemerintahan Thailand silih berganti.Kita sebenarnya dekat,namun minda umat Islam telah dimomokan dengan masalah Thailand adalah masalah mereka,walhal yang menjadi mangsanya adalah saudara seakidah kita sendiri.Kejayaan dasar penjajah dalam memecahkan perpaduan umat Islam.

Ramadhan kian hampir,nasib penduduk Pattani tidak banyak yang berubah,namun penulis mengajak pembaca mengambil kesempatan kedatangan Ramadhan kali ini untuk sama-sama menadah tangan kehadrat Ilahi agar diberikan jalan kepada saudara seagama kita di selatan Thailand untuk sama-sama merasai keamanan dan perasaan bebas untuk melakukan segala urusan agama Islam seperti di Malaysia.



video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Play Strategy Game on MarketGlory

Pengikut

Lihat Juga