Sabtu, Julai 23, 2011

Piala Dunia Di Malaysia?


Dalam demam bola sepak yang melanda tanah air kita,kita terlepas pandang pada sukan yang berakar umbi dari negara kita iaitu sepak raga atau lebih popular sebagai sepak takraw.

Malaysia menjadi tuan rumah piala dunia sepaktakraw 2011 yang berlangsung dari 21 Julai hingga 24 Julai 2011.Vanue perlawanan yang berlangsung di Kuala Lumpur ini disertai 24 negara untuk ketogori lelaki dan 12 negara untuk ketogori wanita.

Antara negara yang bertanding ialah Malaysia,Thailand,Vietnam,Myanmar,Brunei, Perancis,German,Korea,Jepun,USA,China dan beberapa negara lagi.Mampukan Malaysia dan Thailand terus mendominasi pentas sepak takraw dunia?

Bagi peminat yang berada disekitar Kuala Lumpur,datanglah beramai-ramai bagi memberi sokongan pada pasukan negara sepanjang pertandingan ini berlangsung.Bawa bersama semangat Harimau Malaya dan gamatkan stadium dengan sorakan Malaysia boleh.




klik imej untuk maklumat lanjut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Play Strategy Game on MarketGlory

Pengikut

Lihat Juga