Sabtu, September 08, 2012

Amukan Harimau Malaya


Dalam masa seminggu ini merupan minggu yang amat sibuk buat peminat bola sepak tanah air. Dua perlawan yang melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan tentunya menjadi perhatian seluruh peminat sejati pasukan negara yang menerima jolokan Harimau Malaya.

Dua perlawan tersebut melibatkan skuad  B-22 negara yang menerima jemputan ke piala SCTV menentang skuad B-22 Indonesia di gelanggang keramat pasukan Indonesia, stadium Gelora Bung Karno, Jakarta ahad ini, manakala satu lagi perlawanan melibatkan pasukan senior yang sedang mempersiapkan pasukan untuk kejohanan AFF Suzuki Cup November ini menentang Vietnam pada hari selasa di stadium Shah Alam.

Pastinya pertemuan antara dua seteru berjiran Malaysia dan Indonesia amat dinantikan. Ini adalan pertemuan penting buat skuad Harimau Muda membuktikan kita masih menguasai pentas bola sepak Asia Tenggara. Ayuh Harimau Muda, tumbangkan Garuda Muda, pastikan Sang Garuda patah sayapnya di gelanggang sendiri. Skuad ini juga merupan bayangan skuad yang akan mewakili Malaysia dalam Sukan SEA 2013 Myanmar.

Manakala pertemuan skuad senior atau Harimau Malaya merupan medan terbaik untuk mengukur persiapan skuad Harimau Malaya menghadapi kejohanan AFF Suzuki Cup. Rakyat Malaysia semestinya amat mengharapkan pasukan kebangsaan Negara ini mampu mempertahankan kejuaraan AFF Suzuki Cup.

Mari kita seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kedua-dua pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda mencipta kemenangan. Bagi yang tinggal berhampiran Stadium Shah Alam, ayuh kita memenuhkan Stadium selasa ini bagi menterjemahkan sokongan Padu buat pasukan kesayangan dan kebanggaan negara.



Malaysia Boleh
                                                                   
                                                   

Selasa, Januari 24, 2012

Ceramah Perdana Ustaz Azhar Idrus Dan Ustaz Kazim Elias : Hijrah Menuju Ilahi

Ceramah Perdana Bersama Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim Elias
Tajuk : Hijrah Menuju Ilahi
Pusat Pendidikan Al-Barakah,Manjoi,Ipoh,Perak
11 Disember 2011


Bahagian 1




Bahagian 2


***credits to Alliassalam Enterprise

Sabtu, Januari 07, 2012

Misteri Bangsa Melayu






Gambar-gambar diatas adalah sebahagian daripada wajah-wajah bangsa Melayu yang BaArt ambil secara rambang di internet.Namun persoalan utama bukanlah milik siapa wajah-wajah ini,tetapi berkaitan satu misteri disebalik wajah-wajah ini.

Cuba anda perhatikan wajah orang-orang Melayu disekeliling anda,jika anda perasan,terdapat satu margin perbezaan yang ketara antara wajah-wajah bangsa yang dikenal sebagai Melayu ini.Tidak perlu melihat jauh,lihat sahaja dikalangan sahabat-sahabat kita sendiri,bagaimana perbezaan ini begitu ketara.

BaArt sendiri baru-baru ini berjumpa dengan sahabat lama,duduk berbual panjang sehingga topik Melayu turut disentuh,dan apa yang menariknya,sahabat ini menyuruh BaArt melihat cermin dan memberitahunya,wajah BaArt seakan-akan wajah bangsa mana didunia ini.Peristiwa tersebut menarik minat BaArt untuk menulis entri ini.


Teringat lagi ayat-ayat beliau,

sebab tu penjajah tergesa-gesa mahu menutup sejarah orang melayu Islam...sebab bangsa ni la yang akan bawak panji-panji hitam dari timur..bila bercakap mengenai melayu,jangan dikatakan rasis,sebab muka macam orang mexico pun melayu,muka macam orang eropah pun melayu,muka macam orang cina ngan india pun melayu,muka macam red indian pun melayu,muka macam org arab ngan org afrika pun melayu...boleh dikatakan semua wajah yang ada didunia ni melayu,dan yang paling penting,Islam...macam satu dunia dah Islam..rahsia Allh yang maha agung....


Dari sumber yang BaArt dapat,dikatakan orang Melayu ialah daripada pergerakan kedua manusia dari keturunan Nabi Ibrahim atau dikenali sebagai bani Jawi (keturunan dari isteri Nabi Ibrahim bernamaKeturah) dari pergunungan.Pergunungan mana tu?mungkinkah Himalaya?Dalam bahasa sanskrit,Himalaya bermaksud gunung Melayu.Nama Himalaya dikatakan diberikan oleh Bani jawi ini semasa singgah di Tibet,sebelum meneruskan perjalan ke selatan termasuk Malaysia hari ini.


Mungkin juga perjalanan masa silam Bani Jawi atau orang Melayu ini menyebabkan interaksi yang luas dengan bangsa-bangsa lain hingga menyebabkan kita mewarisi genetik bangsa-bangsa tersebut.Ada juga yang berpendapat Melayu itu adalah ras induk itu sendiri.


Wah-wah,menjadi cikgu sejarah sebentar,haha...


Berbalik kepada apa yang dikatakan oleh sahabat BaArt itu,BaArt rasa ada benarnya,bangsa Melayu disatukan oleh agama Islam,satu ikatan yang kuat,sehinggakan penjajah silih berganti,namun Islam didada bangsa Melayu gagal dicabut. Menurutnya lagi,bangsa Melayu telah dipilih dikalangan bangsa-bangsa lain di Asia Tenggara untuk menyebar dan mengembangkan agama Islam.Mengapa harus malu mengaku Melayu,sedangkan الله memuliakan kita dengan Islam.


Jadi,BaArt mengajak kita sama-sama berfikir dan merenung disebalik kebijaksanaan
الله‎ ini.


p/s---->gambar sekadar hiasan,maaf andai gambar anda yang terpapar...hehe...

Play Strategy Game on MarketGlory

Pengikut

Lihat Juga